PUTRAJAYA: Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di Moscow, Rusia dan mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan yang menggugat keamanan dan keselamatan mana-mana negara.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Kementerian Luar juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata Malaysia menekankan semula pendirian tegasnya untuk menentang keganasan dan ekstremisme dalam segala bentuk dan manifestasinya serta menyeru agar pelaku serangan keji itu segera dibawa ke muka pengadilan.
"Serangan keganasan di Moscow pada Jumaat lalu sangat menyedihkan. Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, keganasan tiada tempat dalam dunia bertamadun ini," menurut kementerian itu.
Wisma Putra berkata kementerian melalui Kedutaan Besar dan pejabatnya di seluruh dunia, terus komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara, serta memperjuangkan dialog dan penyelesaian konflik secara aman.
Serangan pengganas di Dewan Bandaraya Crocus di wilayah Moscow pada Jumaat malam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 133 orang dan mencederakan lebih 140 mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Serangan pengganas di Dewan Bandaraya Crocus di wilayah Moscow pada Jumaat malam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 133 orang dan mencederakan lebih 140 mangsa. - Gambar/ Reuters
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
Malaysia kecam serangan keganasan di Rusia
Malaysia menyertai masyarakat antarabangsa mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di Moscow, Rusia.
Tiada siapa dapat pecah belah rakyat Rusia selepas serangan keganasan di Moscow - Putin
Putin mengharapkan kerjasama semua negara yang ikhlas berkongsi penderitaan dan sedia bergabung dalam memerangi keganasan.
Dapat 25 'markah' jika tarik hijab, polis UK siasat kempen serang umat Islam
Antara kandungan surat tersebut adalah mengenai 'ganjaran' ke atas serangan yang dilakukan terhadap umat Islam.
Kerajaan China mahu basmi kemiskinan masyarakat Uighur di Xinjiang
Kerajaan China merancang untuk menarik keluar seramai 400,000 penduduk wilayah Xinjiang dari kemiskinan melampau di negara tersebut.
Real Madrid berkabung untuk peminat yang maut dalam serangan Daish di Iraq
Sekumpulan lelaki ebrsenjata menyerbu tempat perkumpulan peminat Real Madrid di Balad seterusnya melepaskan tembakan secara rambang.